Teka-Teki

24 07 2008

Mari cuba teka-teki ini!

1.

Papan panjang, papan berlubang

          Rumah diisi berbiji-biji,

Kalau termakan semuanya hilang,

          Papan kosong tanpa isi.

 

2.

Angin bertiup kencang timur,

          Kain batik melayang-layang,

Aku tarik aku hulur,

          Aku mainkan waktu siang.

 

3.

Bulu-bulu berwarna-warni,

          Ditimang-timang ke sana sini,

Kalau adik bijak bistari,

          Nama ia yang suka menari.

 

4.

Lompat-lompat atas kotak,

          Tulis nombor pakai kapur,

Beli rumah berlambak-lambak,

          Rumah kotak akhirnya hancur.

 

5.

Tali diputar satu badan,

          Sorakan terdengar diluar halaman,

Tali dilepaskan dari badan,

          Tamat juga satu pusingan.

 

6.

Merah, biru, kuning dalamannya,

          Bij-biji dikelilingi bulatan,

Tik!Tik!Tik! kedengaran bunyinya,

          Bergolek-golek pula gerak badannya.

 

7.

Rupa bulat berlubang-lubang,

          Sama seperti bulan purnama,

Selalu dimainkan oleh cik Abang,

          Jangan dilupa mainan lama.

 

8.

Keluarga punya lima anggota,

          Berwarna-warni kain disarung,

Dicampak, dilambung tingi ke udara,

          Tamat riwayat semua berkabung.





Pengalaman bermain permainan tradisional di sekolah

22 07 2008

Sewaktu di sekolah rendah, pada hari kerhamonian, sekolah akan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk memperkenalkan kita pada budaya-budaya yang ada di Singapura. Hari itu adalah hari yang paling seronok untuk semua orang. Kami diberikan masa sejam untuk berlajar tentang budaya-budaya ini.

Untuk Budaya Melayu, beberapa aktiviti yang diadakan seperti pelajar-pelajar dapat bermain dengan permainanan tradisional orang Melayu. Ada juga antara permainan yang agak payah untuk main seperti capteh dan gasing, untuk menolong yang tidak tahu main ada beberapa cikgu yang bermain tolong mereka. Yang lain-lain seperti congkak dan batu seremban, peraturan-peraturannya dipaparkan di pondok-pondok. Setiap pondok ada ciri-ciri masing-masing. Setiap pondok ada tema yang tersendiri, satu daripadanya adalah ia dihias dengan contoh baju tradisional melayu(baju kurung, kebaya) dan infomasi tentangnya dipaparkan. Untuk pondok yang bertema permainan tradisional melayu, mereka menyediakan permainannya dan cara untuk bermain. walaubagaimanapun ada mainan yang tak dapat dimainkan seperti wau, sepak takraw kerana mereka perlukan ruang yang besar dan untuk menerbangkan wau mereka perlukan angin yang kencang. Untuk memberikan sedikit infomasi tentangnya bola sepak takraw dan wau itu di paparkan. Pelajar-pelajar berbangsa lain dapat mendapat pengalaman baru pada masa yang sama mereka mempelajari tentang budaya melayu. Saya sebagai orang melayu sendiri tidak tahu banyak tentang budaya saya sendiri. Antara yang saya pelajari adalah bagaimana untuk bermain congkak. Seronok sekali apabila sudah tahu cara bermain, kalau ikutkan hati tidak mahu henti. Lagi satu adalah gasing, walau berapa banyak kali saya cuba gasing itu tidak dapat pusing! Apabila melepaskan talinya, gasing itu hanya jatuh terlentang, pusing sedikit pun tidak. Melihat orang lain bermain, nampak mudah tetapi apabila cuba bermain sendiri sangat susah. Malangnya masa sejam sudah tamat, saya harap satu hari saya dapat memusingkan gasing itu.





Sudahkah kamu menonton Congkak?

22 07 2008

“Adakah filem-filem seperti Congkak dapat menarik minat para remaja hari ini terhadap permainan tradisional melayu?”

Pada pendapat saya, Ya!

Oleh kerana remaja zaman sekarang gemar menonton wayang-wayang yang ngeri dan menakutkan, saya rasa bahawa dengan mereka cerita seperti begini,  para remaja akan tertarik. Pada masa yang sama, apabila mereka sedang menonton cerita sebegini, sekurang-kurangnya sedikit informasi dapatlah dicatat dalam peringatan.

Saya pernah menonton cerita ini beberapa hari yang lalu. Baiklah, saya akan menceritakan sedikit tentang jalan ceritanya supaya pmebaca tidak berasa bosan (:

Sebuah keluarga, seorang ibu,ayah dan 2 anak perempuan mereka hendak pergi bercuti di kawasan kampung. Kononnya, rumah  ini kawan si ayah, Saiful, tolong dia mengurus pembelian rumah itu. Sedang mereka dalam perjalanan untuk ke rumah tersebut, mereka menemui sebuah persimpangan jalan raya dan harus memilih untuk berbelok kanan atau kiri. Akhrinya, si ibu bercadang untuk berjalan di salah satu dan mereka bolehlah bertanya sesiapa yang mereka temu nanti.

Sedang dalam perjalanan di daerah hutan, terdapat seorang makcik duduk di bawah sebuah pondok kecil. Si ayah pun mendekatinya dan bertanya jalan untuk ke rumah kecutian mereka itu. Makcik itu memberi arahan yang begitu banyak. Setelah selesai, si ayah menghulur bantuna untuk menghantarnya di mana-mana, katanya ” Saya sedang menunggu anak aya, sekeja lagi, dia akan sampai,”

si ayah dan keluarganya pun meneruskan perjalanan mereka dengan mengikuti arahan makcik itu. Akhirnya, mereka sampai di sebuah rumah ini. Kelihata besar dan mewah. Pada hari-hari yang mereka berada di sana, si ibu tidak berasa begitu sedap hati. dia pun pernah mimpi buruk tentang rumah tersebut. Pada setiap malam, kedengaran anak kecilnya, Lisa, bermain congkak di bawah, bersama dengan seorang wanita.

Pada akhir cerita ini, makhluk itu dihapuskan oleh seorang alim dan mereka terus balik ke rumah tanpa mempuntai cuti yang baik. Kononnya cuti itu supaya dapat menenangkan fikiran dan lupa tentang kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya ia menjadi seperti sebuah mimpi buruk! Bukan itu sahaja, sedang mereka dalam perjalanan pulan, Saiful menelefon si ayah dan berkata “di mana kamu? Sudah tiga hari tak sampai-sampai! PakMan(penjaga di daerah itu) sudah tunggu lama untuk kamu sekeluarga!”

Ishh, NGERI!

Berbalik kepada soalan saya, cerita ini lebih-kurang menerangkan sedikit tentang permainan tersebut. Saya masih ingat sesuatu fakta, bahawa pada zaman dahulu, kanak-kanak menggunakan getah daripada guli. Getah berbola itu dikutip dan boleh didapati di halaman rumah kampung. Saya mengingat fakta ini kerana dalam cerita tersebut, si ayah sedang megajar anaknya cara untuk bermain congkak.

Kalau anda masih hendak mengetahui lebih tentang cerita Congkak ini, sila rujuk ke alamat di atas. Selamat menonton! 😀





Congkak di Berita Harian

21 07 2008

Ekstra! CAKAP SAJA TAU!
Usah ‘congkak’ dalam dunia ‘roller coaster’

CONGKAK. Apabila saya sebutkan perkataan itu, apa agaknya yang berada di benak fikiran anda?

 Jika anda meneka ia adalah filem seram Congkak yang dikatakan ‘pecah panggung’ pada malam pranonton, ternyata anda salah.

 

Congkak membawa tiga makna yang berbeza jika anda menyemak Kamus Dewan Edisi Keempat. Salah satu daripadanya dikenalkan dalam filem box-office ini.

Pertama, ia bererti sombong, bongkak dan pongah. Kedua, ia bererti binatang seperti kerang atau lokan. Ketiga, ia bererti sejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya diperbuat daripada biji tanah.

Rasanya sudah nyata lagi jelas gambaran mengenai apa yang akan dibualkan pada kali ini iaitu makna yang pertama daripada perkataan congkak itu sendiri.

Sebelum berbincang mengenainya lebih lanjut, ingin saya kemukakan kepada anda tiga soalan.

Pertama sekali, pernahkah anda dihina di atas kekurangan anda? Seperti kekurangan pada kepandaian, kemiskinan dalam kekayaan dan sebagainya.

Kedua pula, pernahkah anda terserempak kenalan anda di jalanan, lalu apabila anda hendak mendekatinya untuk menegur, beliau seakan-akan tidak menoleh ke arah anda?

Jemput orang makan, tanpa memandang wajah anda, ditolaknya dengan nada marah. Atau ingin meminta maaf, dengan wajah yang bungkam, dia memberi gerak seakan-akan dosa kita besar sekali terhadapnya.

Terakhir sekali, pernahkah anda menghulur tangan bersalam dengan seseorang, lalu anda dilihatnya atas bawah, kemudian dibiarkan tangan anda bersalaman dengan angin saja?

Sekiranya jawapan anda terhadap tiga soalan bersenario itu ya, ataupun pernah, saya kira anda telah terjumpa dengan si penyombong atau orang yang congkak.

Saya hairan, mengapa kita manusia ini sering saja menganggap diri kita lebih daripada yang lain? Apa kita lupa pada asal-usul kita?

Sudahkah kita lupa tingginya langit, rendahnya bumi? Beringat-ingatlah.

Ingatlah bahawa nikmat yang Allah beri itu hanya pinjaman sahaja. Hari ini, anda mungkin pandai tetapi congkak. Siapa tahu kalau-kalau kepandaian anda ditarik-Nya?

Hari ini juga, mungkin harta anda makan tak habis. Siapa tahu kalau-kalau hari esok anda kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Bersyukurlah dengan pinjaman daripada Tuhan.

Untuk senario yang kedua dan ketiga pula, saya jangka ramai yang mungkin pernah mengalaminya. Hairan ya, mengapa congkak benar manusia ni.

Ada yang nampak di jalanan tak beri salam, tak ditegur. Inilah ragam manusia era sekarang.

Ada pula yang apabila nampak terus memalingkan muka dan berjalan dengan muka ditoleh ke tepi sahaja. Nampak sangat kesombongannya. Apa mungkin menegur boleh menjatuhkan status seseorang?

Jauhilah sifat congkak sesama manusia dan berpeganglah pada peribahasa ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya dan ikutlah resmi padi – semakin berisi semakin tunduk.

Macam kata Sifu M. Nasir dalam lagunya, Apocalypse: ‘Hidup di dalam roller coaster, susah dan senang bersilih ganti. Bila-bila boleh naik dan turun.’

Kita tidak akan sentiasa berada di atas. Janganlah kerana sifat angkuh kita nanti, orang lain tidak mahu menolong kita pada hari susah nanti.

cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.

http://cyberita.asia1.com.sg/printfriendly/0,3627,StoryPage-storydisplay-40000-122785,00.html

 

Bincang-bincang!

Tahukah anda bahawa C-O-N-G-K-A-K mempunyai maksud-maksud yang diberikan di atas?





Permainan Tradisional Melayu

21 07 2008

Sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan kesenian, masyarakat Melayu sudah pasti mempunyai pelbagai permainan tradisional yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya sehingga hari ini. Permainan tradisional tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu kerana sudah dimainkan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai hiburan dalam kehidupan sehari-hari mereka.

 

Permainan tradisional Melayu kebanyakan dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat orang Melayu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional yang boleh dimainkan secara perseorangan.

 

Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat Melayu, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu!

 

Oleh itu, lungsurlah laman kami ini untuk mengenali permainan tradisional masyarakat Melayu!

 

Yok! Main congkak yok!