Congkak di Berita Harian

21 07 2008

Ekstra! CAKAP SAJA TAU!
Usah ‘congkak’ dalam dunia ‘roller coaster’

CONGKAK. Apabila saya sebutkan perkataan itu, apa agaknya yang berada di benak fikiran anda?

 Jika anda meneka ia adalah filem seram Congkak yang dikatakan ‘pecah panggung’ pada malam pranonton, ternyata anda salah.

 

Congkak membawa tiga makna yang berbeza jika anda menyemak Kamus Dewan Edisi Keempat. Salah satu daripadanya dikenalkan dalam filem box-office ini.

Pertama, ia bererti sombong, bongkak dan pongah. Kedua, ia bererti binatang seperti kerang atau lokan. Ketiga, ia bererti sejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya diperbuat daripada biji tanah.

Rasanya sudah nyata lagi jelas gambaran mengenai apa yang akan dibualkan pada kali ini iaitu makna yang pertama daripada perkataan congkak itu sendiri.

Sebelum berbincang mengenainya lebih lanjut, ingin saya kemukakan kepada anda tiga soalan.

Pertama sekali, pernahkah anda dihina di atas kekurangan anda? Seperti kekurangan pada kepandaian, kemiskinan dalam kekayaan dan sebagainya.

Kedua pula, pernahkah anda terserempak kenalan anda di jalanan, lalu apabila anda hendak mendekatinya untuk menegur, beliau seakan-akan tidak menoleh ke arah anda?

Jemput orang makan, tanpa memandang wajah anda, ditolaknya dengan nada marah. Atau ingin meminta maaf, dengan wajah yang bungkam, dia memberi gerak seakan-akan dosa kita besar sekali terhadapnya.

Terakhir sekali, pernahkah anda menghulur tangan bersalam dengan seseorang, lalu anda dilihatnya atas bawah, kemudian dibiarkan tangan anda bersalaman dengan angin saja?

Sekiranya jawapan anda terhadap tiga soalan bersenario itu ya, ataupun pernah, saya kira anda telah terjumpa dengan si penyombong atau orang yang congkak.

Saya hairan, mengapa kita manusia ini sering saja menganggap diri kita lebih daripada yang lain? Apa kita lupa pada asal-usul kita?

Sudahkah kita lupa tingginya langit, rendahnya bumi? Beringat-ingatlah.

Ingatlah bahawa nikmat yang Allah beri itu hanya pinjaman sahaja. Hari ini, anda mungkin pandai tetapi congkak. Siapa tahu kalau-kalau kepandaian anda ditarik-Nya?

Hari ini juga, mungkin harta anda makan tak habis. Siapa tahu kalau-kalau hari esok anda kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Bersyukurlah dengan pinjaman daripada Tuhan.

Untuk senario yang kedua dan ketiga pula, saya jangka ramai yang mungkin pernah mengalaminya. Hairan ya, mengapa congkak benar manusia ni.

Ada yang nampak di jalanan tak beri salam, tak ditegur. Inilah ragam manusia era sekarang.

Ada pula yang apabila nampak terus memalingkan muka dan berjalan dengan muka ditoleh ke tepi sahaja. Nampak sangat kesombongannya. Apa mungkin menegur boleh menjatuhkan status seseorang?

Jauhilah sifat congkak sesama manusia dan berpeganglah pada peribahasa ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya dan ikutlah resmi padi – semakin berisi semakin tunduk.

Macam kata Sifu M. Nasir dalam lagunya, Apocalypse: ‘Hidup di dalam roller coaster, susah dan senang bersilih ganti. Bila-bila boleh naik dan turun.’

Kita tidak akan sentiasa berada di atas. Janganlah kerana sifat angkuh kita nanti, orang lain tidak mahu menolong kita pada hari susah nanti.

cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.

http://cyberita.asia1.com.sg/printfriendly/0,3627,StoryPage-storydisplay-40000-122785,00.html

 

Bincang-bincang!

Tahukah anda bahawa C-O-N-G-K-A-K mempunyai maksud-maksud yang diberikan di atas?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: