Sudahkah kamu menonton Congkak?

22 07 2008

“Adakah filem-filem seperti Congkak dapat menarik minat para remaja hari ini terhadap permainan tradisional melayu?”

Pada pendapat saya, Ya!

Oleh kerana remaja zaman sekarang gemar menonton wayang-wayang yang ngeri dan menakutkan, saya rasa bahawa dengan mereka cerita seperti begini,  para remaja akan tertarik. Pada masa yang sama, apabila mereka sedang menonton cerita sebegini, sekurang-kurangnya sedikit informasi dapatlah dicatat dalam peringatan.

Saya pernah menonton cerita ini beberapa hari yang lalu. Baiklah, saya akan menceritakan sedikit tentang jalan ceritanya supaya pmebaca tidak berasa bosan (:

Sebuah keluarga, seorang ibu,ayah dan 2 anak perempuan mereka hendak pergi bercuti di kawasan kampung. Kononnya, rumah  ini kawan si ayah, Saiful, tolong dia mengurus pembelian rumah itu. Sedang mereka dalam perjalanan untuk ke rumah tersebut, mereka menemui sebuah persimpangan jalan raya dan harus memilih untuk berbelok kanan atau kiri. Akhrinya, si ibu bercadang untuk berjalan di salah satu dan mereka bolehlah bertanya sesiapa yang mereka temu nanti.

Sedang dalam perjalanan di daerah hutan, terdapat seorang makcik duduk di bawah sebuah pondok kecil. Si ayah pun mendekatinya dan bertanya jalan untuk ke rumah kecutian mereka itu. Makcik itu memberi arahan yang begitu banyak. Setelah selesai, si ayah menghulur bantuna untuk menghantarnya di mana-mana, katanya ” Saya sedang menunggu anak aya, sekeja lagi, dia akan sampai,”

si ayah dan keluarganya pun meneruskan perjalanan mereka dengan mengikuti arahan makcik itu. Akhirnya, mereka sampai di sebuah rumah ini. Kelihata besar dan mewah. Pada hari-hari yang mereka berada di sana, si ibu tidak berasa begitu sedap hati. dia pun pernah mimpi buruk tentang rumah tersebut. Pada setiap malam, kedengaran anak kecilnya, Lisa, bermain congkak di bawah, bersama dengan seorang wanita.

Pada akhir cerita ini, makhluk itu dihapuskan oleh seorang alim dan mereka terus balik ke rumah tanpa mempuntai cuti yang baik. Kononnya cuti itu supaya dapat menenangkan fikiran dan lupa tentang kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya ia menjadi seperti sebuah mimpi buruk! Bukan itu sahaja, sedang mereka dalam perjalanan pulan, Saiful menelefon si ayah dan berkata “di mana kamu? Sudah tiga hari tak sampai-sampai! PakMan(penjaga di daerah itu) sudah tunggu lama untuk kamu sekeluarga!”

Ishh, NGERI!

Berbalik kepada soalan saya, cerita ini lebih-kurang menerangkan sedikit tentang permainan tersebut. Saya masih ingat sesuatu fakta, bahawa pada zaman dahulu, kanak-kanak menggunakan getah daripada guli. Getah berbola itu dikutip dan boleh didapati di halaman rumah kampung. Saya mengingat fakta ini kerana dalam cerita tersebut, si ayah sedang megajar anaknya cara untuk bermain congkak.

Kalau anda masih hendak mengetahui lebih tentang cerita Congkak ini, sila rujuk ke alamat di atas. Selamat menonton! :D





Congkak di Berita Harian

21 07 2008

Ekstra! CAKAP SAJA TAU!
Usah ‘congkak’ dalam dunia ‘roller coaster’

CONGKAK. Apabila saya sebutkan perkataan itu, apa agaknya yang berada di benak fikiran anda?

 Jika anda meneka ia adalah filem seram Congkak yang dikatakan ‘pecah panggung’ pada malam pranonton, ternyata anda salah.

 

Congkak membawa tiga makna yang berbeza jika anda menyemak Kamus Dewan Edisi Keempat. Salah satu daripadanya dikenalkan dalam filem box-office ini.

Pertama, ia bererti sombong, bongkak dan pongah. Kedua, ia bererti binatang seperti kerang atau lokan. Ketiga, ia bererti sejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya diperbuat daripada biji tanah.

Rasanya sudah nyata lagi jelas gambaran mengenai apa yang akan dibualkan pada kali ini iaitu makna yang pertama daripada perkataan congkak itu sendiri.

Sebelum berbincang mengenainya lebih lanjut, ingin saya kemukakan kepada anda tiga soalan.

Pertama sekali, pernahkah anda dihina di atas kekurangan anda? Seperti kekurangan pada kepandaian, kemiskinan dalam kekayaan dan sebagainya.

Kedua pula, pernahkah anda terserempak kenalan anda di jalanan, lalu apabila anda hendak mendekatinya untuk menegur, beliau seakan-akan tidak menoleh ke arah anda?

Jemput orang makan, tanpa memandang wajah anda, ditolaknya dengan nada marah. Atau ingin meminta maaf, dengan wajah yang bungkam, dia memberi gerak seakan-akan dosa kita besar sekali terhadapnya.

Terakhir sekali, pernahkah anda menghulur tangan bersalam dengan seseorang, lalu anda dilihatnya atas bawah, kemudian dibiarkan tangan anda bersalaman dengan angin saja?

Sekiranya jawapan anda terhadap tiga soalan bersenario itu ya, ataupun pernah, saya kira anda telah terjumpa dengan si penyombong atau orang yang congkak.

Saya hairan, mengapa kita manusia ini sering saja menganggap diri kita lebih daripada yang lain? Apa kita lupa pada asal-usul kita?

Sudahkah kita lupa tingginya langit, rendahnya bumi? Beringat-ingatlah.

Ingatlah bahawa nikmat yang Allah beri itu hanya pinjaman sahaja. Hari ini, anda mungkin pandai tetapi congkak. Siapa tahu kalau-kalau kepandaian anda ditarik-Nya?

Hari ini juga, mungkin harta anda makan tak habis. Siapa tahu kalau-kalau hari esok anda kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Bersyukurlah dengan pinjaman daripada Tuhan.

Untuk senario yang kedua dan ketiga pula, saya jangka ramai yang mungkin pernah mengalaminya. Hairan ya, mengapa congkak benar manusia ni.

Ada yang nampak di jalanan tak beri salam, tak ditegur. Inilah ragam manusia era sekarang.

Ada pula yang apabila nampak terus memalingkan muka dan berjalan dengan muka ditoleh ke tepi sahaja. Nampak sangat kesombongannya. Apa mungkin menegur boleh menjatuhkan status seseorang?

Jauhilah sifat congkak sesama manusia dan berpeganglah pada peribahasa ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya dan ikutlah resmi padi – semakin berisi semakin tunduk.

Macam kata Sifu M. Nasir dalam lagunya, Apocalypse: ‘Hidup di dalam roller coaster, susah dan senang bersilih ganti. Bila-bila boleh naik dan turun.’

Kita tidak akan sentiasa berada di atas. Janganlah kerana sifat angkuh kita nanti, orang lain tidak mahu menolong kita pada hari susah nanti.

cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.

http://cyberita.asia1.com.sg/printfriendly/0,3627,StoryPage-storydisplay-40000-122785,00.html

 

Bincang-bincang!

Tahukah anda bahawa C-O-N-G-K-A-K mempunyai maksud-maksud yang diberikan di atas?








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.