Sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan kesenian, masyarakat Melayu sudah pasti mempunyai pelbagai permainan tradisional yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya sehingga hari ini. Permainan tradisional tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu kerana sudah dimainkan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai hiburan dalam kehidupan sehari-hari mereka.
Permainan tradisional Melayu kebanyakan dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat orang Melayu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional yang boleh dimainkan secara perseorangan.
Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat Melayu, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu!
Oleh itu, lungsurlah laman kami ini untuk mengenali permainan tradisional masyarakat Melayu!
Yok! Main congkak yok!